Friday, July 17, 2015

SELAMAT HARI RAYAAAAAAAA

Alhamdulillah.. berakhir sudah Ramadhan dan bertemu kembali dengan Syawal. syukur tak terkata masih diberi pinjaman untuk bersama dengan keluarga tercinta yang semakin tahun bertahun berlalu semakin kembang saiz gambar dengan kemunculan ahli-ahli baru. tahun lepas berlimabelas, tahun ni bertujuhbelas pulak. dengan lahirnya dua cahaya mata lagi dalam keluarga. Alhamdulillah.. so tahun depan tambah lagi ke.... hahahahaa 

so macam biasa pagi raya tolong ibu siapkan juadah.. then uruskan yang nak p solat makan dulu.. then uruskan anak-anak buah.. mana taknya.. semuanya.. 'nak Mama Miya buat..' 'Mama Miya... nak tu...' 'Mama Miya... nak makan....' nangis pun cari Mama Miya.. pandai korang eh buli Mama Miya.. hahahaha ni baru 3 orang yang boleh bercakap.. belum lagi 3 orang lagi tu bukak mulut...rasanya aku pengsan dulu hahaha.. then lepas semua balik solat.. sesi bergambar macam biasa.. dah lamaaa tak guna baby Canon ai... siannn dia.. hehehe so ni lah hasilnya.. yang lain semua macam macam la.. ni yang ok la hahahaa..



 6 beradik dengan gaya masing-masing. dari kanan ke kiri. dari sulung ke bongsu.


so ni gambar kami bertiga yang belum berkahwin.. tengok perangai pun dah tau. hahahahaa

No comments:

Post a Comment