Saturday, July 04, 2015

Ramadan ke-16

alhamdulillah.. dah 16 hari puasa Ramadan. rasa sekejap sangat kali ni sebab mengikut teori aku.. bila puasa kena dekat tengah bulan.. habis pun tengah bulan kompem rasa kejap.. masa awal puasa aku bagitahu lah kan teori ni dekat member rumah.. dorang pun macam nak percaya ke tak dengan teori ai ni.. dan akhirnya teori ni diterima oleh member lain selepas dah tengah bulan dah puasa.. kahkahkah.. sebab yela bila kena awal bulan.. kau nampak sebulan full dekat kalender tu.. sama juga macam kena akhir bulan.. hahaha tu sebenarnya pemikiran kita je. sebab puasa tetap sebulan. hahaha ni semua kalender punya pasal. 

ceghita pasal puasa kali ni.. gagah weh. boleh dikatakan dari start puasa tu sebab kan masuk sem then puasa.. boleh dikatakan hanya makan solat tidur je dekat rumah. yang lain dekat kelas. kalau takde kelas p library. malam malam gagah p library juga sampai bas yang terakhir. rasanya kalau ada kereta sendiri..kompem tidur pun dekat library. sebab apa.. sebab lepas cuti kena hantar banyak gila tugasan. so decide buat sebelum cuti raya. nak cuti dengan aman katanya... maklumlah.. anak buah dah 6 orang... makin kedinglah Mama Miya korang ni..

malam dekat library..kononnya esok nak present..

dah semua excited pakai hijoooo.. sekali masa tak cukup.. so giliran kami lepas raya presentnya.. nampak tak........... anggap jela ujian di bulan puasa..

ceghita yang paling sadis dan perit lagi.. dah tiga minggu tak balik rumah. faham tak.. rumah dekat je tau. 45 minit je. kalau tekan sikit lagi 30 minit sampai. but punyalah gagah taknak balik sebab nak siapkan assignment punya pasai. tamak nak siapkan banyak sebelum cuti. sebab tau dah masa cuti.. silap laptop pun tak pegang.. dok gelek baby baby.. segala baby tua semua la nak digeleknya. -anak ai bila pulak ye.... aummm- hahahahaa k abaikan.. raya pulak tu.. rumah full dengan adik beradik ipar duai. makin berkembang family la katakan.. Alhamdulillah... 

so ni dah last week dekat sini sebelum cuti untuk merayakan diri sendiri.. Jumaat pagi dah boleh balik.. yeyyyy.. tak sabar rasanya hati ini mau digumbirakan oleh gelak tawa Ibu Ayah.. ohhh homesick gila eh.. mana taknya.. kebelakangan ni Ayah sangat lah buat aku rindu sangat dengan gurau Ayah.. kejap hantar gambar ini.. gambar itu.. semua mention nama aku.. aummmm.. rindu tau tak.. hahahaha then nak ajak Ayah p beraya.. nak makan... p sana.. nak makan.. p sini.. nak makan.. p situ.. nak makan.. p mana pun lah.. yang penting nak makan... dapnyaaaaaaaaaa... hehehe nampak kan tak sabarnya nak raya sebabkan nak makan.. opcos la.. ceghita pasal raya kompem baju..kasut...tudung..semua nak baru kan.. aku... hahahaha boleh gelak dengan sadisnya. satu hapak takde. 

ni paling takleh bla.. mati mati ingat lembaga apa la.. upernya Ibu.. hahahahahaa

ni paling sweet.. 'gadis gadis yang selalu menggoda Ayah' kata Ayah, maklumlah aku and akak je anak perempuan Ayah.. so akak dah bukan gadis.. tinggallah aku sorang.. and yang lain tu semua cucu-cucu gigirl Ayah.. nasib Im still the first one Ayah buh.. kalau tak, mogok la raya ni..

tema tahun ni coklat.. wow... classic gila.. then macam malas nak beli baju tema. sebab nak pakainya masa ambik gambar pagi raya je.. so terfikir nak pakai baju kurung masa form 3 tu je.. hahahaha yelah lagi satu dah diri ni memang tak pandai eh nak menyoppingkan diri.. lemah tau. bila ibu beli je baru nampak puas hati.. hahahaha serious... boleh dikatakan 99.9 persen ibu yang belikan segalanya.. so nanti kawin.. tolonglah future hubby.. you should know about shopping. please.. kalau tak bini you ni akan balik balik baju tu jela dia pakainya.. kahkahkah.. kalau sekarang tengah bujang ni.. hada haku kesah.. hahaha.. kasut.. emm ni satu hal yang memang adoiiii.. kritikal gila nak beli sendiri.. tapi kena fikirkan.. barai dah kasut sekarang buat p kelas.. maklumlah.. jenis suka ada satu je kasut.. setia. then guna sampai tapak tercabut la.. terkoyak jari dah nampak la.. nazak kaler dia la.. baru hegeh cari kasut baru.. segan tau.. 

ok udah lah bebelnya mira.. tadi baru promish taknak cakap banyak tau.. but tengok.. panjang jugak.. adoi adoi.. just rindu je dengan yayang blog ni.. nanti kita sembang lagi hokey yayang.. hahahahaa selamat malam semua. 

No comments:

Post a Comment