Tuesday, July 29, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!

Assalammualaikum semua.. saya Cahaya Kekuatan Puteri (maksud nama sebenar) ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. jika ada tersilap kata.. terkasar bahasa.. terlebih post.. termaximum merepek, harap dimaafkan. so raya kali ni aku tak balik kampung. memandangkan Ayah Ibu and adik seminggu je dekat sini... dan ni raya pertama kami satu keluarga tanpa Tok (nenek tercinta) yang baru meninggal dunia pada bulan 4 ritu... (Al-Fatihah) emm.... kami tak balik Merbok. so beraya di Ulu Yam je.

raya pertama kurang meriah sikit ar.. ambik gambar pun biasa biasa je. sebab abang and abang ijun takdak. akak pun sekejap je.. then dia beraya di rumah mentua pulak. tinggal lah kami 5 beranak.. Ibu Ayah and kami 3 beradik yang belum kahwin. bapak bosan. aku pun ajak la Ibu p raya dekat rumah Ajun. hahahaa.. mentang dah boleh bawak kereta. so aku la driver nya. dapat makan laksa Johor Makcik Yita. nyum nyum! then sembang sembang windu dekat bespren dari kecik aku sorang ni.. heheheee then balik and tidur. esok p Melaka. Rabu semua balik rumah Ulu Yam. and Khamis and bergambar satu family! weheee...

tak pernah yang takde gambar gila gila dari kami kalau guna timing shot ni. k sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment