Sunday, September 01, 2013

#7 Resepi Puding Roti Coklat Chips

salam semua... halo halooo.. hahahaa mentanglah tinggal sehari je trial. so Ahad ni relax relax je la kan. cehhh ayat bajet sungguh! kalau tidak nak buat cookies. tapi tepung jagung dah habis citenye.. so sebab ibu dah keluarkan oven. wa rasa gatal tangan je nak membakar. search search punya galak, tiba tiba rasa nak buat puding loti.. yeyyy!!! hasilnya.. Alhamdulillah... 

bahan-bahannya...
Puding
7-8 keping roti
1 tin susu cair
2 sudu besar butter
3 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar coklat chips

Sos Kastad
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

step 1..

Potong hujung hujung roti yang coklat tu.. kalau rajin lah ye. Lepas tu susun dalam loyang. Lawa lawa yeeee.. Kalau nak carik carikkan roti pun boleh... tapi wa nak lawa kan. So susun baikkkk punya. Hahahaa..

step 2..

Tuangkan susu cair dalam loyang yang dah bersusunkan roti tadi tu. Biarkan kombang kombang lawaaaa sikit. Hahahaa..

step 3..

Bila dah kombang kombang rotinya tu. Taburkan coklat chips atas tu.. Haa... ikut suka la nak berapa banyak. Ikut suka mu la.. 

step 4..

Haaa.. ni la part paling aku lemah gila ar! Hahahaa.. Cairkan butter and gula dengan api yang sederhana. Kacauuuuu je.. Jangan sampai hangus. Ni bukan kek gula hangus ye. 

step 5..

Then pukul telur dalam satu bekas lain. Dan masukkan esen vanilla. Campurkan sekali dengan butter and gula yang dah cair tadi tu. Kacau sebati..

step 6..

Masukkan campuran tadi ke dalam loyang roti tadi tuu.. 

step 7..

Bakar dalam suhu 180c 30minit. Tengok tengok ye.. Jangan sampai hangus. hahahaaa.. Bila dah habis bakar, masukkan dalam peti sejuk. Biar sejuk baru sedap.

step 8..

Untuk kuah dia pulak. Campur semua bahan tadi dalam kuali dalam api yang slow. Masak kejap.. And boleh masukkan dalam bekas dan masuk dalam peti sejuk. SIAPPP!!! Selamat Mencuba!!!


No comments:

Post a Comment