Wednesday, August 07, 2013

Esok nak RAYA!!!

Assalammualaikum semua.. Di sini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan-rakan seperjuangan, kakak kakak, abang abang, pakcik pakcik, makcik makcik, atok atok, dan nenek nenek. Saya menyusun 10 jari tangan dan kaki memohon seribu kemaafan yang tak terhingga jika ada tersalah kata, tersilap bicara, terkasar perbuatan, dan ter ter sewaktu dengannya. Kepada rakan-rakan yang tahu rumah tu, jangan malu jangan segan, jemputlah datang ke rumah. Tapi yang di Selangor, Insyaallah saya akan ada cuma pada minggu depan sampai 18 haribulan dan selepas itu saya takkan balik lagi ke Selangor sehingga bulan 1 tahun depan. Kerana ingin menduduki peperiksaan SPM pada November ini. Doakan yang terbaik buat saya. Kepada rakan di Sabah pula, selepas 19 haribulan tu, datang je bila-bila masa. Yang penting bagitahu dulu ya.. Dan GOOD LUCK kepada rakan-rakan sebatch yang akan Trial lepas cuti raya ini dan buatlah yang terbaik. Salam sayang dari saya.. 


No comments:

Post a Comment